Sabtu, 2009 November 07

HIKMAH AYAT KURSI

Askum…
Semalam saya membelek-belek keratan akhbar yang saya simpan. Saya ingin berkongsi peristiwa yang saya baca daripada keratan akhbar Mingguan Perdana bertarikh 11 Mei 2008. Info ini saya rasa mungkin ramai yang dah tahu tapi buat yang belum tahu saya harap ada iktibar untuk kita pelajari bersama terutamanya untuk gadis-gadis di luar sana.

Munirah seorang gadis berusia 22 tahun berasal dari Pendang, Kedah. Munirah pelajar yang pintar. Dia mendapat tawaran biasiswa untuk menyambung pengajiannya di Amerika Syarikat dalam jurusan Kejuruteraan Komputer. Penampilan Munirah tidak berubah walaupun sudah dua tahun menetap di sana. Dia masih bertudung labuh seperti di kampung dulu. Munirah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran makanan segera selepas habis kuliah. Dia bekerja pada syif malam dan pulang pada tengah malam.

Suatu malam, Munirah mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan itu agak tersorok dan tidak banyak orang lalu-lalang. Tiba-tiba, Munirah ternampak seorang lelaki kulit putih bersandar di dinding lorong itu. Dia mula rasa takut dan tidak sedap hati. Lelaki berjambang dan berkumis tebal itu hanya sekadar menjeling tajam. Munirah hanya berdoa ke hadrat Allah dan membaca ayat Kursi dan memohon perlindungan Allah. Munirah sempat mengecam wajah lelaki itu.

Sehari kemudian, Munirah terbaca dalam akhbar seorang perempuan telah dirogol oleh seorang tidak dikenali di lorong yang Munirah lalui malam itu, hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong itu. Munirah membuat aduan di balai polis. Selepas melakukan kawad cam, Munirah dapat menecam perogol itu. Munirah meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol itu.

"Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Munirah bertanya. “No, you are not alone.That night I saw two young man walking with you. One on your side and the other one was by your left side. If you wre alone. Of course you will be my victim ” Munirah amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol itu. Dia bersyukur kerana Allah memeliharanya malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dibacanya malam itu telah menyelamatkannya.


Rabu, 2009 November 04

KERJA...KERJA...KERJA

Askum...
Terima kasih pada yang sudi membeli novel Jiwa Merindu. Harap-harap dapat memuaskan hati sesiapa yang membaca. Kalau ada komen rajin-rajin menaip di blog saya ni. Novel pertama tentu ada banyak kelemahannya. Sebenarnya malam ni saya tak terfikir pun nak update blog tapi dah terlanjur online, saya pun rajinkan diri update blog ni...

Hari ni sibuk betul, kelam-kabut sikit. Macam-macam benda yang berlaku. Kerja...kerja...kerja... apa boleh buat dah namanya kerja...nak tak nak kenalah buat... kadang-kadang terfikir juga saya kalaulah kita tak pernah ada rasa bosan, seronok ke?
Ermmm.... saya tak rasa seronok sebab kita akan buat benda yang sama aje tanpa ada rasa bosan...tentu hidup jadi stereotaip hari-hari ulang benda yang sama... pendapat saya jelah....

Petang tadi, saya bermesej dengan kawan lama. Lama dah tak jumpa dia. Harap dia adakan masa untuk saya...busy memanjang...hehehe... gurau je cik kekura nakkal :)

Isnin, 2009 Oktober 19


JIWA MERINDU BAKAL BERADA DI PASARAN!

PERTEMUAN semula dengan Luqman benar-benar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa.
Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.
Suratan takdir itu tiada siapa dapat menentangnya. Demi sebuah maruah yang cuba dipertahankan, Natasha dan Luqman terperangkap. Kerana peristiwa hitam itu, Natasha sah menjadi isteri Luqman tanpa pengetahuan papanya. Dia pasrah dalam duka.
Melayari mahligai dari air mata, tiada restu keluarga, penuh dengan curiga dan tidak sefahaman... bahagiakah yang menanti Natasha? Sedangkan Luqman sungguh-sungguh mengharap cinta Natasha kembali bersemi untuknya.

Jumaat, 2009 Oktober 02

KATA-KATA MUTIARA

Masalah kalau dilihat sebagai masalah selamanyalah berupa masalah dan akan menjadi masalah tapi kalau dilihat sebagai peluang , ia akan membuka banyak peluang.

Kita berusaha sedaya kita tetapi jika kita tidak mendapat apa yang diusahakan, kita tetap bahagia sebab yang terbaik sentiasa tersedia untuk kita.

Hidup adalah kesempatan yang sedikit. Ia datang dan akan pergi malah pasti pergi. Singkatnya hidup di dunia ibarat musafir yang berhenti singgah, berteduh daripada panas terik matahari. Begitulah singkatnya hidup kita.

Apa jua situasinya kita boleh berjaya jika kita memberikan peluang pada diri kita untuk berjaya.

BALIL KAMPUNG ABAH





Askum...

Kami sekeluarga ke kampung abah pada raya kedua di Kg Kayu Ara Pasung, Pontian Johor. Abah nampak begitu gembira apabila mengunjungi kampung kelahirannya dahulu. Ya, sesungguhnya tempat jatuh lagikan dikenang, inikan lagi tempat kita lahir dan mengenal dunia. Perjalanan kami tidaklah terlalu jauh tapi kerana kesesakan lalu lintas kami agak lewat tiba dan pulang apabila hari menjelang malam.






Ahad, 2009 September 13

JIWA MERINDU - ERIN ZEHANA

Salam,

Alhamdulilah...

Saya bersyukur dan rasa cukup gembira apabila Alaf 21 sudi untuk menerbitkan novel pertama saya Jiwa Merindu. Ia umpama mimpi menjadi kenyataan. Umpama angan-angan, impian dan cita-cita jadi kenyataan. Ia merupakan perjalanan yang panjang dan penuh cabaran. Sesuatu yang pahit pada awalnya pasti ada manis di penghujungnya.


Harapan saya semoga peminat novel di luar sana dapat menerima kehadiran saya. Selamat membaca novel Jiwa Merindu. Semoga ada manafaat yang kita dapat kongsi bersama. InsyaAllah...


Di sini ada sedikit kata-kata mutiara yang ingin saya kongsikan bersama.


Cinta suatu nikmat, maka nikmatilah cinta dan jangan tangisi ia. Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi. Apabila anda mula menangis disebabkan cinta maka tinggalkanlah cinta itu. Cinta tidak harus lahir bersama air mata, sepatutnya ia terbentuk bersama hilai tawa, ceria dan gembira.